BICARA MINDA 2026 SIRI V
KESIHATAN MENTAL: BILA TAK OKEY, SIAPA BOLEH BANTU?
Kaunseling, Perubatan dan Pendekatan Islam dalam Era Digital
Sempena Bulan Kaunseling Kebangsaan dan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026
Tarikh: 22 Oktober 2026, Khamis
Masa: 8.30 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Platform Zoom Webinar
Anjuran: Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan
Kerjasama: Rakan strategik akademik dan profesional kesihatan
1.0 PENGENALAN
Apabila seseorang mula berasa tertekan, dia mungkin mencari jawapan melalui telefon sebelum bercakap dengan orang lain. Dia membaca tentang gejala, menonton pengalaman pengguna media sosial atau mencuba saringan dalam talian. Ada juga yang mendapatkan nasihat keluarga atau mencari kekuatan melalui doa, zikir dan solat. Namun, persoalan yang masih perlu dijawab ialah: apa yang sedang berlaku, bila perlu mendapatkan bantuan, dan siapa yang boleh membantu?
Bicara Minda Siri I membincangkan kesunyian, Siri II meneliti buli, Siri III membicarakan kehidupan dalam dunia skrin, manakala Siri IV memberi tumpuan kepada stigma. Siri V meneruskan pendidikan masyarakat dengan memberi fokus kepada perubahan yang wajar diberi perhatian, langkah mendapatkan bantuan dan sokongan yang menghormati keperluan individu.
Program ini menghimpunkan perspektif perubatan dan penyelidikan pediatrik, kajian sosial, kaunseling ketagihan, perubatan keluarga, kaunseling kesihatan mental, psikiatri, kaunseling spiritual dan pengajian al-Quran.
Tiga forum disusun secara berurutan. Forum pertama membincangkan kehidupan digital, pengalaman pengguna dan perubahan rutin. Forum kedua menerangkan pilihan bantuan serta cara memulakannya. Forum ketiga membincangkan pemahaman agama, penerokaan pemikiran dan emosi dalam kaunseling serta ikhtiar rawatan.
2.0 KESESUAIAN DENGAN TEMA SAMBUTAN
Tema Bulan Kaunseling Kebangsaan 2026, “Kaunseling Era Digital: Memacu Kesejahteraan”, diterjemahkan melalui perbincangan tentang penggunaan digital, maklumat kesihatan mental dan akses kepada kaunseling.
Tema Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026, “Lived Experiences Heard: Real Voices, Real Change”, dijadikan panduan untuk memberi perhatian kepada pengalaman individu, halangan mendapatkan bantuan dan respons keluarga serta profesional.
3.0 OBJEKTIF PROGRAM
Program ini bertujuan untuk:
Meningkatkan kefahaman tentang perubahan emosi, tingkah laku dan fungsi harian yang wajar diberi perhatian.
Membincangkan kehidupan digital dan penggunaan bermasalah dalam batas bidang panel.
Menjelaskan perbezaan antara maklumat, saringan dalam talian dan penilaian profesional.
Memperkenalkan langkah mendapatkan bantuan kaunseling dan perubatan.
Membimbing keluarga serta komuniti memberi respons yang mendengar dan menyokong.
Membincangkan pendekatan Islam melalui pemahaman al-Quran, penghayatan ibadah, kaunseling spiritual dan ikhtiar rawatan.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Masyarakat umum; ibu bapa dan penjaga; remaja, belia dan mahasiswa; warga pendidikan; pekerja dan majikan; petugas kesihatan; kaunselor dan pegawai psikologi; serta pemimpin komuniti dan penggerak pendidikan agama.
5.0 KAEDAH PELAKSANAAN
Program dilaksanakan melalui tiga forum dalam talian. Setiap forum melibatkan seorang moderator dan tiga panel dengan dua pusingan soalan.
Pusingan pertama membina kefahaman. Pusingan kedua membincangkan pertimbangan dan tindakan melalui situasi rekaan. Moderator kemudian memilih soalan peserta yang sesuai untuk pendidikan awam.
Panel menerima skop dan soalan sebelum program. Persoalan yang memerlukan penilaian individu diarahkan kepada perkhidmatan berkaitan.
6.0 TENTATIF PROGRAM
Pembahagian masa setiap forum: pembukaan 5 minit; pusingan pertama 24 minit; pusingan kedua 30 minit; soal jawab 20 minit; rumusan 6 minit; ruang peralihan 5 minit.
7.0 MODERATOR, PANEL DAN FOKUS PENGISIAN
FORUM 1
DUNIA DIGITAL: BILA PENGGUNAAN MULA MENGGANGGU KEHIDUPAN?
Masa: 9.00–10.30 pagi
Fokus sesi: Memahami pengalaman pengguna, perubahan rutin dan kesan penggunaan terhadap kehidupan, serta mengenali keadaan yang memerlukan penilaian lanjut.
Moderator: Yashawini Rajendaran, K.B., P.A.
Pegawai Psikologi (Kaunseling),
PKD Seberang Perai Selatan
Sarjana Kaunseling dan Psikologi, Universiti Utara Malaysia
Bidang: Kaunseling dan psikologi.
Peranan forum: Memudah cara dialog dan mengemukakan persoalan kepada panel mengikut bidang masing-masing
Panel 1: Dr Hanis Hidayu Kasim
Pensyarah Perubatan,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM
MBBS, Universiti Cyberjaya; MMedSci, USIM;
PhD Pediatrik, University of Cambridge
Bidang: Perubatan dan penyelidikan pediatrik.
Fokus forum: Perubahan rutin dan keadaan kesihatan kanak-kanak yang perlu diperhatikan oleh keluarga serta pertimbangan untuk mendapatkan penilaian.
Panel 2: Dr Asma Adnan
Tenaga Pengajar YADIM Pulau Pinang
PhD Kajian Sosial, Universiti Utara Malaysia
Bidang: Kajian sosial; pemikiran spiritual, masyarakat dan pembangunan insan.
Fokus forum: Keperluan sosial pengguna, hubungan keluarga dan cara memahami pengalaman seseorang sebelum membuat andaian.
Panel 3: En. Mohd Hanif Ahmad, K.B., P.A.
Pegawai Psikologi (Kaunseling),
Klinik Kesihatan Butterworth
One Stop Centre for Addiction (OSCA)
Sarjana Kaunseling dan Psikologi, Universiti Sains Malaysia
Bidang: Kaunseling dan ketagihan.
Fokus forum: Penggunaan bermasalah, kesannya terhadap kehidupan dan keperluan penilaian dalam bidang amalannya.
FORUM 2
NAK CARI BANTUAN: MULA DI MANA?
Masa: 10.45 pagi–12.15 tengah hari
Fokus sesi: Memahami penilaian awal di klinik, proses kaunseling, penilaian psikiatri dan tindakan apabila terdapat kebimbangan keselamatan.
Moderator: Dr Maznah Ramli, K.B., P.A.
Guru dan Pengasas Raudah Mawaddah — taska, tadika dan pusat jagaan anak-anak istimewa
PhD Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Sains Malaysia
Bidang: Bimbingan dan kaunseling.
Peranan forum: Memudah cara dialog dan mengemukakan persoalan kepada panel mengikut bidang masing-masing
Panel 1: Dr Ruziaton Hasim
Pakar Perubatan Keluarga
Penyelia Akademik MInTFM, RCSI & UCD Malaysia Campus
MBBS dan M.Fam.Med, Universiti Malaya
Fellowship Community Geriatrics, Monash University
PhD Pengajian Islam, Universiti Fatoni
Bidang: Perubatan keluarga.
Fokus forum: Penilaian awal di klinik, pertimbangan kesihatan fizikal dan mental serta rujukan.
Panel 2: Dr Amnah Maktar, K.B., P.A.
Pegawai Psikologi (Kaunseling),
PKD Seberang Perai Selatan
PhD Kaunseling, UniSHAMS
Bidang: Kaunseling kesihatan mental, integrasi Terapi Realiti–Tazkiyah al-Nafs dan ihsan kendiri (Self-Compassion)
Fokus forum: Pengalaman sesi kaunseling, kesediaan klien, kerahsiaan dan batasnya serta sokongan orang terdekat.
Panel 3: Dr Nurazah Ismail
Pensyarah Perubatan dan Pakar Psikiatri,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM
MBBS, USIM; DrPsych, Universiti Kebangsaan Malaysia
Bidang: Psikiatri.
Fokus forum: Keperluan penilaian psikiatri, salah faham tentang rawatan dan keadaan segera.
FORUM 3
KESIHATAN MENTAL DAN ISLAM: MEMAHAMI DIRI, MENGHAYATI IBADAH DAN MENCARI RAWATAN
Masa: 2.00–3.30 petang
Fokus sesi: Memahami pemikiran dan emosi, penghayatan agama serta ikhtiar rawatan melalui bidang tafsir, kaunseling spiritual dan perubatan.
Moderator: Dr Sabarina Abdul Hamid
Pensyarah,
Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology
PhD Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Kuala Lumpur
Bidang: Kejuruteraan elektrik dan elektronik.
Peranan forum: Memudah cara dialog dan mengemukakan persoalan kepada panel mengikut bidang masing-masing.
Panel 1: Dr Sahlawati Abu Bakar
Pensyarah Kanan, Jabatan al-Quran dan al-Sunnah
Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor
PhD Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia
Bidang: Tafsir Mawdu‘i, Usul Tafsir dan Ulum al-Quran.
Fokus forum: Pemahaman al-Quran tentang ujian, sabar, tawakal, zikir dan harapan berdasarkan konteks tafsir.
Panel 2: Dr Mohd Zaharen Md Zahir, K.B., P.A.
Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling,
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut, Pulau Pinang
PhD Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Bidang: Kaunseling spiritual dan integrasi REBT–Tazkiyah al-Nafs.
Fokus forum: Penerokaan pemikiran, emosi dan keperluan spiritual dalam proses kaunseling..
Panel 3: Dr Mohd Najib Mat Pa
Pensyarah Perubatan,
Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia
MD; MSc Medical Education; PhD Perubatan Masyarakat, Universiti Sains Malaysia
Bidang: Perubatan dan perubatan masyarakat.
Fokus forum: Ikhtiar rawatan dari sudut Islam serta pertimbangan perubatan apabila gejala berterusan atau mengganggu kehidupan.
8.0 PENYELARASAN ANTARA SESI
Moderator menggunakan soalan susulan untuk memperjelas jawapan. Panel menghuraikan perkara dalam bidang masing-masing dan mengelakkan ulangan panjang terhadap sesi terdahulu..
9.0 HASIL YANG DIJANGKA DAN PENILAIAN
Peserta diharapkan dapat:
Mengenali perubahan yang wajar diberi perhatian.
Memahami batas maklumat dan saringan dalam talian.
Menyatakan satu laluan mendapatkan bantuan.
Memberi respons yang menyokong kepada orang terdekat.
Memahami peranan sokongan spiritual, kaunseling dan perubatan mengikut keperluan individu.
Penilaian menggunakan kehadiran, soalan ringkas sebelum dan selepas program serta maklum balas. Dapatan dilaporkan sebagai kefahaman dan pengalaman penyertaan.
10.0 KEPERLUAN PELAKSANAAN
Keperluan meliputi platform webinar, petugas teknikal, borang penyertaan, bahan promosi, pengesahan biodata, penyelarasan soalan, panduan bantuan dan urusan penghargaan.
Saluran bantuan disemak sebelum dipaparkan. Urus setia menyediakan tatacara mengendalikan soalan peribadi dan pendedahan berisiko semasa webinar.
11.0 PENUTUP
Bicara Minda Siri V menghubungkan persoalan masyarakat tentang kehidupan digital, bantuan profesional dan pendekatan Islam dalam satu perjalanan perbincangan.
Program bermula dengan mengenali perubahan, diteruskan dengan pilihan bantuan, kemudian membincangkan pemahaman agama serta ikhtiar rawatan. Setiap panel membawa perspektif tersendiri untuk membantu peserta memahami siapa yang boleh dihubungi dan bagaimana langkah pertama boleh dimulakan.