BICARA MINDA 2025 SIRI 1
"Jiwa Terhubung: Bicara Sunyi & Solusi Sosial"
Tarikh :12 Ogos 2025 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat : Platform Zoom Webinar
Anjuran : Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan
Kerjasama : Rakan strategik akademik dan profesional kesihatan
1.0 PENGENALAN
Kesunyian merupakan isu kesihatan awam yang semakin signifikan, namun masih kurang
dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat moden. Dalam era digital dan globalisasi,
rakyat semakin terhubung dari segi teknologi tetapi semakin terasing dari segi emosi dan sosial.
Fenomena ini memberi kesan besar terhadap kesejahteraan psikologi, hubungan kekeluargaan,
produktiviti kerja dan kesihatan komuniti.
BICARA MINDA 2025 SIRI I diwujudkan sebagai ruang wacana terbuka bagi menyantuni isu
kesunyian secara interdisiplin merangkumi perspektif psikologi, perubatan, dasar awam,
pendidikan dan spiritual. Forum ini juga menjadi medan pertemuan idea dan solusi praktikal,
selain memperkenalkan inisiatif ‘Jiwa Terhubung’ sebagai komuniti reflektif dan sokongan
berterusan.
2.0 OBJEKTIF PROGRAM
1. Memberi ruang wacana ilmiah tentang kesunyian sebagai cabaran kesihatan awam
moden.
2. Menyelusuri fenomena kesunyian dari sudut psikologi, klinikal, dasar, spiritual dan
pendidikan.
3. Meningkatkan kefahaman tentang kesan kesunyian terhadap kesejahteraan individu dan
masyarakat.
4. Merangka strategi intervensi dan pendidikan reflektif untuk membina kesejahteraan
komuniti secara berterusan.
3.0 KUMPULAN SASARAN
● Pegawai kesihatan dan penjawat awam
● Kaunselor dan pegawai psikologi
● Warga pendidikan tinggi (pensyarah, mahasiswa, penyelidik)
● Guru dan aktivis pendidikan komuniti
● Badan bukan kerajaan (NGO)
● Masyarakat umum yang prihatin
5.0 JAWATANKUASA PENGENDALI FORUM & PENGISIAN ILMIAH
● Pengerusi Majlis:
Nur Shakila Othman
Pensyarah, Jabatan Pengimejan Perubatan, Fakulti Farmasi dan Sains Kesihatan UniKL
(PhD Sains dan Teknologi Fizik, UKM)
Peranan: Mengurus pembukaan, transisi sesi dan penutup forum.
● Moderator Forum:
Moderator Sesi 1:
Dr. Hajar Nordin
Penyelidik di Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), UTM
(PhD Sains Alam Sekitar, UTM)
Moderator Sesi 2:
Rufaidah Othman
Ketua Penyelidikan
(Penyelidik Doktoral, PhD Kejuruteraan Tisu, Ortopedik Surgeri, UM)
Moderator Sesi 3:
Ustaz Fahmi Md Yusop
Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Am Politeknik Seberang Perai, P.Pinang
(PhD Pendidikan Kurikulum, USM)
● Panelis Utama Forum:
Kalai Selvi Selvaraja
Pegawai Psikologi (Kaunseling), PKD Hulu Langat
(PhD Psikologi Kaunseling, UKM)
Soraya Mohd Taufik
Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Hospital Selayang
(PhD Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan, UKM)
Dr. Nur-Amanina Syariff Tan
(PhD Fisiologi, Fakulti Perubatan, UM)
Dr. Amnah Maktar
Pegawai Psikologi (Kaunseling), PKD Seberang Perai Selatan
(PhD Kaunseling, UniSHAMS)
Dr. Mohamad Najib Mat Pa
Pensyarah Perubatan, Universiti Sains Malaysia
(PhD Kesihatan Kanak-Kanak, USM)
Dr. Ruziaton Hasim
Pakar Perubatan Keluarga
(Fellowship Perubatan Komuniti Geriatrik, PhD Pengajian Islam, Universiti Fatoni,
Thailand)
Mohd Fauzi Mohd Said
Pengarah, Seksyen Perancangan Strategik, PACU, Jabatan Perdana Menteri
(PhD Kejuruteraan, Universiti Cambridge)
Dr. Hanis Hidayu Kasim
Pensyarah Perubatan, FPSK, USIM
(PhD Pediatrik, Universiti Cambridge)
Dr. Yusliza Jamalut
Ketua Penolong Pengarah, Kementerian Ekonomi
(PhD Pengurusan, MMU)
Dr. Mardiana Mat Ishak
Perunding Pendidikan Berterusan, 2MWorld Sdn. Bhd.
(PhD Bahasa Arab, UIA)
6.0 HASIL YANG DIJANGKA
1. Meningkatkan kesedaran tentang kesunyian sebagai isu kesihatan awam dan sosial yang
serius.
2. Merangsang pembinaan dasar dan pendekatan pendidikan reflektif bagi pengurusan
kesunyian.
3. Memperkasa jaringan kerjasama antara sektor kesihatan, pendidikan dan komuniti.
7.0 PENUTUP
BICARA MINDA 2025 SIRI I merupakan satu inisiatif strategik dan reflektif oleh Unit NCD
PKDSPS untuk memperkukuh kefahaman terhadap kesunyian dan membuka jalan pemulihan
yang lebih bersifat menyeluruh dari akar emosi ke dasar sosial. Dengan kerjasama pelbagai
pihak, forum ini diharap menjadi titik tolak kepada pembinaan masyarakat yang lebih prihatin,
menyantuni jiwa dan tidak membiarkan sesiapa pun merasa “sunyi dalam senyap”.