.jpg)
BICARA MINDA 2025 SIRI II
"BULI & PENDIDIKAN JIWA: LUKA SENYAP, SOLUSI BERSAMA"
Tarikh: 11 November 2025 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Platform Zoom Webinar
Anjuran : Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD),
Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan
Kerjasama : Rakan Strategik Akademik dan Profesional Kesihatan
1.0 PENGENALAN
Isu buli bukan sekadar masalah sosial tetapi telah menjadi krisis kesihatan awam dan pendidikan di Malaysia. Ia tidak hanya berlaku di sekolah, malah merentasi universiti, tempat kerja, komuniti dan dunia maya. Luka yang ditinggalkan oleh buli sering kali tidak kelihatan, namun kesannya mendalam meninggalkan trauma psikologi, kecederaan emosi, hilang keyakinan diri dan prestasi akademik, serta boleh membawa kepada kemurungan atau cubaan bunuh diri.
Kajian menunjukkan bahawa buli menjejaskan motivasi dan kesinambungan pendidikan pelajar. Ramai mangsa ponteng, gagal menumpukan perhatian atau memilih untuk berhenti belajar akibat tekanan emosi yang berpanjangan. Dalam konteks moden, muncul pula fenomena “buli kewangan” tekanan ekonomi, gaya hidup dan pengaruh rakan sebaya yang menjerat belia hingga menghakis integriti dan masa depan mereka.
BICARA MINDA 2025 SIRI II diwujudkan sebagai wadah wacana interdisiplin yang menyatukan pakar perubatan, kaunselor, pendidikan, undang-undang, kewangan dan dasar sosial. Forum ini bukan sahaja bertujuan menganalisis punca dan kesan buli, tetapi juga mengetengahkan pendidikan sebagai pelindung dan pemulih jiwa, serta inspirasi kepada masyarakat untuk membina persekitaran yang selamat, berempati dan bebas buli.
2.0 OBJEKTIF PROGRAM
Membincangkan punca dan kesan buli dari perspektif psikologi, perubatan dan pendidikan.
Menyantuni cabaran institusi pendidikan dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan mesra emosi.
Menawarkan strategi intervensi daripada sudut kesihatan awam, undang-undang, dasar serta penguatkuasaan.
Menyediakan perspektif baharu tentang implikasi kewangan, integriti dan gaya hidup dalam isu buli.
Membina komuniti prihatin serta budaya anti-buli di sekolah, universiti, tempat kerja dan masyarakat umum.
Menggalakkan pelajar melihat pendidikan sebagai faktor pelindung (protective factor) untuk keluar daripada kitaran trauma buli dan membina semula semangat belajar.
3.0 KUMPULAN SASARAN
Pelajar sekolah menengah & universiti
Guru, pensyarah & warga pendidikan
Pegawai kesihatan, psikologi & kaunselor
Peguam, penggubal dasar & agensi penguatkuasaan
NGO serta masyarakat umum
TENTATIF PROGRAM
JAWATANKUASA PENGENDALI FORUM & PENGISIAN ILMIAH
Pengerusi Majlis:
(Dr) Asma Adnan
Pembantu Penyelidik
PhD Kajian Sosial (UUM)
Peranan: Mengurus pembukaan, transisi sesi dan penutup forum.
- Moderator Forum:
Moderator Sesi 1:
Dr. Norul Hajar Nordin
Penyelidik Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), UTM
PhD Sains Alam Sekitar (UTM)
Moderator Sesi 2:
Dr Zuraini Binti Idris K.B, P.A
Ketua Unit Psikologi & Kaunseling
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Sarawak
PhD Pendidikan Bimbingan & kaunseling (UKM)
Moderator Sesi 3:
Ts. Dr. Mardhiyati Mohd Yunus
Pensyarah Fakulti Sains Kesihatan,
Penyelaras Pusat Penyelidikan dan Jaringan Industri, UNISEL
PhD Pengimejan Diagnostik, (UKM)
Panelis Utama Forum:
Dr. Hanis Hidayu Kasim
Pensyarah Perubatan, FPSK, USIM
MBBS (Universiti Cyberjaya), MmedSci (USIM)
PhD Pediatrik, (Universiti of Cambridge) - Graduan Cemerlang
Dr Saidatul Ainoor binti Shaharim
SM Sains Kepala Batas,
Jln Tun Hamdan Sheikh Tahir, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
PhD Pendidikan Biologi (USM)
Dr. Amnah Maktar K.B, P.A
Pegawai Psikologi (Kaunseling), PKD Seberang Perai Selatan
PhD Kaunseling (UniSHAMS)
Dr. Mohamad Najib Mat Pa
Pensyarah Perubatan PPSP, USM
MD (USM), MSc Med. Edu (USM),
Calon PhD Perubatan Masyarakat (USM)
Pn Wahida Othman K.B,P.A
Pegawai Kanan Polis
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur
Calon PhD Bimbingan Kaunseling (UPSI)
(Dr) Shah Rol bin Hussain,
Pensyarah Jabatan Perdagangan,
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah
PhD Tadbir Urus Korporat dan Pengurusan Risiko (USM)
(Dr) Fauzana Ismail
Peguambela & Peguamcara/Peguam Syarie
Tetuan Fauzana Nurihan & Harwani, Kota Bharu Kelantan
DBA (UiTM)
Tn Mohd Fauzi Mohd Said
Pengarah, Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU),
Pejabat Perdana Menteri,
Calon PhD Kejuruteraan (University of Cambridge)
Dr. Nur Hanisah Mohd Nor Afandi
Shariah Asset Solution & Motivator
Saft Advisory Sdn Bhd
Phd UKM (Psikologi Remaja Dalam Al-Quran)
Dr. Radziah Mohd Dani
Pensyarah Jabatan Perdagangan
PhD Perakaunan UniSZA
6.0 HASIL YANG DIJANGKA
Meningkatkan kesedaran awam tentang buli sebagai isu kesihatan mental, sosial dan pendidikan.
Memberi cadangan praktikal kepada sekolah, universiti, komuniti dan tempat kerja untuk mewujudkan persekitaran bebas buli.
Memupuk budaya pendidikan berempati dan selamat sebagai teras kesejahteraan jiwa.
Mengangkat isu buli kewangan sebagai perspektif baharu dalam pembangunan integriti belia.
Membina komuniti prihatin dan responsif terhadap mangsa buli.
Menyemai keyakinan bahawa pendidikan ialah jalan keluar daripada trauma dan asas kepada pembentukan masyarakat berdaya tahan.
7.0 PENUTUP
Bicara Minda 2025 Siri II bukan sekadar forum ilmiah, tetapi gerakan pendidikan sosial untuk membina empati dan keselamatan emosi dalam masyarakat. Melalui kolaborasi pelbagai sektor pendidikan, kesihatan, perundangan dan dasar awam program ini menegaskan bahawa pendidikan jiwa adalah vaksin terhadap budaya buli.
Generasi yang dididik dengan kasih dan nilai ihsan akan menjadi benteng kepada masyarakat bebas buli, sekaligus membentuk ekosistem pendidikan dan profesional yang lebih berakhlak, berdaya tahan dan penuh kemanusiaan.