.jpg)
BICARA MINDA 2026 SIRI III
"Hidup di Dunia Skrin: Media Sosial, Jiwa dan Masa Depan Ilmu"
Tarikh: 14 Januari 2026 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat: Platform Zoom Webinar
Anjuran: Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD),
Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan
Kerjasama: Rakan strategik akademik dan profesional kesihatan
1.0 PENGENALAN
Media sosial hari ini bukan sekadar medium komunikasi, tetapi telah menjadi ruang utama pembentukan identiti, emosi, nilai dan aspirasi hidup, khususnya dalam kalangan remaja dan belia. Di ruang digital inilah berlaku perbandingan sosial, pembinaan imej diri, tekanan prestasi, budaya tular serta limpahan maklumat yang membentuk cara individu menilai diri, kejayaan dan masa depan.
Susulan Bicara Minda Siri I yang menyantuni isu kesunyian dan Siri II yang mengupas buli sebagai luka jiwa, Bicara Minda Siri III membawa wacana ini ke akar yang lebih mendasar: dunia skrin yang membentuk jiwa moden secara senyap tetapi mendalam.
Forum ini menghimpunkan perspektif psikologi, pendidikan, perubatan, undang-undang, kejuruteraan, dasar awam dan akademia bagi menjawab persoalan utama masyarakat hari ini:
Adakah media sosial sedang melemahkan jiwa atau boleh dimanfaatkan sebagai jambatan kepada ilmu, daya tahan dan masa depan akademik yang lebih bermakna?
2.0 OBJEKTIF PROGRAM
Menganalisis kesan media sosial terhadap identiti diri, kesihatan mental dan motivasi akademik.
Meningkatkan kesedaran tentang buli siber, tekanan perbandingan sosial dan keletihan digital.
Membimbing ibu bapa, guru dan majikan memahami dinamika jiwa dalam era skrin.
Memperlihatkan pendidikan, literasi digital dan dunia akademik sebagai faktor pelindung kesejahteraan mental.
Menginspirasikan pelajar dan belia melihat ilmu dan sambung belajar sebagai laluan pemerkasaan, bukan beban tekanan
3.0 KUMPULAN SASARAN
Pelajar sekolah dan universiti
Pensyarah, guru dan tenaga pendidik
Ibu bapa dan komuniti
Penjawat awam dan pekerja sektor swasta
NGO, penguat kuasa dan pembuat dasar
TENTATIF PROGRAM
JAWATANKUASA PENGENDALI FORUM & PENGISIAN ILMIAH
Pengerusi Majlis:
(Dr) Nur Sazwani Daud
Pembantu Penyelidik
Jabatan Biosains, Fakulti Sains (UTM)
PhD Biosains (UTM)
Peranan: Mengurus pembukaan, transisi sesi dan penutup forum.
Moderator Forum:
Dr Sabarina Abdul Hamid
Pensyarah
Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT)
PhD Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (UniKL)
Dr. Maryam Habibah Kamis
Pensyarah Jabatan Pengajian Umum
Fakukti sains sosial dan seni liberal, UCSI
PhD Akidah dan Pemikiran Islam (UM)
Ts. Dr. Mardhiyati Mohd Yunus
Pensyarah Fakulti Sains Kesihatan,
Penyelaras Pusat Penyelidikan dan Jaringan Industri, UNISEL
PhD Pengimejan Diagnostik (UKM)
Panelis Utama Forum:
Dr. Asma Adnan
Penyelidik UUM
Tenaga Pengajar, YADIM Pulau Pinang
PhD Kajian Sosial (UUM)
Dr. Amnah Maktar K.B; P.A
Pegawai Psikologi (Kaunseling)
PKD Seberang Perai Selatan
PhD Kaunseling (UniSHAMS)
Dr. Najib Mat Pa
Pensyarah Perubatan PPSP, USM
MD (USM), MSc Med.Edu (USM)
PhD Perubatan Masyarakat (USM)
Dr. Radziah Mohd Dani
Pensyarah Kanan (Perakaunan)
Politeknik Muadzam Shah, Pahang
PhD Perakaunan (UniSZA)
Ts. Dr. Noor Ropidah Bujal
Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak
PhD Kejuruteraan Elektrik, Sistem Kuasa (UTeM)
Dr. Shah Rol Hussain
Pensyarah Jabatan Perdagangan,
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah
PhD Tadbir Urus Korporat dan Pengurusan Risiko (USM)
Dr. Fauzana Ismail
Peguambela & Peguamcara/Peguam Syarie
Tetuan Fauzana Nurihan & Harwani, Kota Bharu Kelantan
Doctor of Business Administration (UiTM)
Dr. Hanis Hidayu kasim
Pensyarah Perubatan, FPSK, USIM
MBBS (Universiti Cyberjaya), MmedSci (USIM)
PhD Pediatrik (University of Cambridge) - Graduan Cemerlang
Tn. Mohd Fauzi Mohd Said
Pengarah, Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU),
Pejabat Perdana Menteri,
Calon PhD Kejuruteraan (University of Cambridge)
Ts. Dr. Nur Hidayah binti Ahmad
Pensyarah Kanan Jabatan Senibina
Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM
PhD Pengurusan Projek (USM) - Graduan Cemerlang
6.0 HASIL YANG DIJANGKA
Peningkatan kesedaran tentang hubungan media sosial, jiwa dan hala tuju hidup
Literasi digital yang berteraskan kesejahteraan emosi
Ibu bapa dan guru lebih peka terhadap tekanan senyap dunia digital
Pelajar melihat ilmu dan akademia sebagai jalan pembebasan, bukan beban
Jaringan kukuh antara sektor kesihatan, pendidikan dan dasar awam
7.0 PENUTUP
Jika Bicara Minda Siri I menyedarkan tentang kesunyian, dan Siri II menyentuh luka akibat buli, maka Bicara Minda Siri III mengajak masyarakat berfikir secara matang tentang arah hidup dalam dunia digital. Media sosial tidak perlu dimatikan. Namun jiwa perlu dipandu dan ilmu perlu menjadi kompas.